Semoga Ia Mengukir Senyuman...
Sunday, August 18, 2013
Sedikit Cercaan Tidaklah Menggoyahkan!
Kiranya tidak perlu saya perkenalkan siapa beliau yang melontarkan kata-kata ini. Saya terpaut pada kata-kata ini. Kata-kata yang membangkitkan saya dari sedar bahawa hidup ini tidak hanya mempunyai jalan yang lurus. Jalan yang berliku-liku pasti turut ditempuhi. Saat saya menulis dan apabila menjerit meminta hak saya, saya dilontar dengan kata-kata yang mengatakan "Kamu ini bukan penulis hebat mana pun" > Begitulah seolah-olahnya... Kata-kata yang akan sentiasa melekat di hati saya agar menjadi peringatan supaya saya sentiasa sedar diri yang saya hanyalah penulis kecilan dan tiada nama yang gah! Satu kes yang lain pula apabila acapkali saya meminta penjelasan tentang manuskrip yang terkepam atas alasan yang sama, saya dibandingkan pula dengan penulis yang menulis bersama dengan saya yang mempunyai nama dan bukunya laku dengan baik tentunya bahawa "Penulis itu tidak kisah pun! Beliau tulis buku banyak dengan syarikat kami" > yang seolah-olah menyatakan 'Berapa buku yang kau ada hinggakan kau mahu memekik terlolong di sini? Gah mana nama kau atau hebat mana atau laku sangatkah karya kau yang kau mahu melalak di sini?"
Itulah secebis kisah saya penulis biasa-biasa dengan karya yang biasa-biasa dan tidak pernah laku dengan baik pun. Hanya biasa-biasa juga. Sejujurnya saya sendiri tidak meletakkan harapan yang tinggi pada setiap karya-karya saya kerana saya sedar yang tahap penulisan saya masih biasa-biasa sahaja. Tak apalah yang biasa-biasa pun. Yang penting saya terus berkarya dan post ini sekadar menyatakan apa yang terbuku di hati, sesungguhnya sedikit cercaan tidaklah menggoyahkan malah mengingatkan... hanya terima kasih yang mampu diungkapkan... (^^,)
*gambar di atas, diambil dengan niat daripada https://www.facebook.com/Dailyinspirationandmotivation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment