Semoga Ia Mengukir Senyuman...

Semoga Ia Mengukir Senyuman...
Karya-karya Nazrie Haslieanie

Akhirnya...

Setelah sekian lama saya mahu hasilkan blog sendiri, akhirnya saya hasilkannya jua. Masakan tidak, saya tak tahu apa yang saya hendak kongsikan dengan kawan-kawan semua. Saya juga pastinya tidak akan selalu update blog saya tapi saya akan pastikan bahawa saya akan menyediakan satu topik setiap minggu atau setiap dua minggu untuk tatapan kawan-kawan semua. Hah, cuti sekolah sudah bermula. Minggu depan pula Pesta Buku akan turut bermula. sudah banyakkah wang yang kawan-kawan kumpul untuk membeli buku kegemaran kawan-kawan? Saya pasti kawan-kawan sudah mula menyimpan sejak dari tahun lepas lagi, bukan? Baguslah kalau begitu. Di samping kawan-kawan membeli buku-buku baharu, kawan-kawan juga dapat bertemu dengan para penulis kesukaan kawan-kawan, bukan? Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak ya! He...he..he...Baiklah kawan-kawan, kita berjumpa lagi kelak. Selamat bercuti dan jangan nakal-nakal ya! Huuu..huuuu