Semoga Ia Mengukir Senyuman...
Sunday, August 18, 2013
Saya Memang Pemalas!!!
Kali terakhir saya melihat post saya ini adalah pada Januari 2012 dan saya tergerak hati untuk menulis blog lagi setelah setahun kemudian malah lebih. Ya, saya malas untuk menulis blog kerana banyak hal yang berlaku. Pada bulan Mei 2012 saya melepaskan jawatan di syarikat lama dan pada Jun 2012 pula saya diterima ke syarikat yang baharu. Kata bekas bos saya, "Sekurang-kurangnya pengalaman awak semakin luas dan resume awak akan menjadi 'cantik'. Eprk!
Baiklah, saya terima nasihat itu.
Pada bulan Mei itu juga (Pesta Buku Antarabangsa KL), saya bertemu dengan seorang editor yang sangat ramah dan menyuntik kata-kata semangat kepada saya agar saya menulis untuk syarikatnya walaupun pada mulanya saya berasa segan. Beliau tidak putus-putus berkata "Penulis yang kecil akan menjadi seorang penulis yang berjaya juga kelak"... dan saya pegang kata-kata beliau hinggalah karya saya diterbitkan pada tahun ini.
Pada tahun 2012 juga banyak kisah-kisah yang suka duka (mungkin lebih kepada duka saya lalui) dan berlarutan hinggalah ke tahun ini. Perihal kisah duka yang dilalui itu membuatkan benak saya yang kurang rasional ini kerap sahaja bertanya "Kenapa semua ini terjadi?" Hati kecil pula dan sahabat yang baik menasihati "Tuhan mahu berikan kau pengalaman. Kau orang yang sangat kaya dengan pengalaman" dan setelah kata-kata itu diungkapkan, saya terfikir sejenak... saya bukan orang yang bijak pandai... orang yang luas pembacaannya namun saya ditakdirkan jadi penulis kerana saya menyintai apa-apa bidang berkaitan dengan penerbitan buku malah saya diberikan kelebihan untuk mencari ilmu baru dalam setiap buku saya (sekurang-kurangnya ilmu itu baru buat saya). Malah pengalaman saya yang serba sedikit saya jadikan panduan semasa menulis apatah lagi pengalaman yang saya amati daripada kisah orang lain.
Sekurang-kurangnya Tuhan mahu menjadikan saya insan yang lebih baik. Lebih dewasa, lebih banyak pengalaman dan mengambil iktibar daripada segala sikap-sikap manusia terhadap saya. Dan, di saat ini pada jam 1.52 pagi waktu tempatan, pada 18.8.13 saya berjanji, daripada pengalaman itu akan saya garap menjadi sesuatu yang bakal memberikan saya hal-hal yang indah. Inshaallah... Doakan saya... (^^,)V
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment