Semoga Ia Mengukir Senyuman...
Sunday, August 18, 2013
Antara Buku Kebanggaan Saya
Wah, tajuk entri kali ini seolah-olah 'pilih kasih' pula. Buku-buku saya yang lain itu macam mana halnya? Semuanya saya suka dan bangga namun 'Budak Tin' ini paling saya banggakan kerana mungkin penerbitnya merupakan salah sebuah penerbit besar tapi tidak sesekali memperbesar diri mereka dengan ayat-ayat yang tidak enak didengar. Apatah lagi membuatkan penulis-penulis kecil berasa bertambah kecil dan turut berkecil hati hehehe. Yang saya banggakan, pada bahagian belakang itu tertera perkataan PENA. Oh, kononnya buku saya ini dikategorikan sebagai sastera (yang mengikut pemahaman saya ayatnya mestilah bombastik, penuh metafora serta kiasan-kiasan atau bait-bait yang sangat indah. Pabila saya katakan kepada seorang rakan yang saya sedang menulis untuk rumah penerbitan itu, ada rakan yang mengatakan "Wah, selepas ini awak akan seiring dengan SN A. Samad Said lah!" Oh, tak lah sampai begitu. Jauh sekali kelayakan saya apatah lagi ilmu-ilmu saya berbanding beliau. Saya tidak menulis untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Cukuplah saya menulis untuk saya namun bukan syok sendiri. Andai ada teguran yang membina saya akan ambil sebagai panduan untuk menjadi lebih baik tentunya.
Sewaktu buku ini sudahpun diterbitkan, seorang sifu menghantar mesej di dinding laman sosial saya dengan mengatakan "Biarlah kita menulis buku kerana kita ghairah akan buku dan dunia penulisan. Menulis memang untuk mendapatkan keuntungan material. Tapi biarlah material itu datang bersama-sama 'roh' sebagai seorang penulis. Maka, paling tidak tulis dan terbitkan sebuah buku setahun dengan penerbit yang turut sama menerbitkan karya A. Samad Said, Sutung Umar RS, Omar Mamat, Rejab F.I., Marsli N.O., Norhisham Mustafa, S.M. Zakir, Shamsuddin Othman, Rahimidin Zahari dan banyak nama besar yang lain. Biarlah di antara celah nama besar tersebut terselit nama Nazrie Haslianie ~ Sifu Mat Jack.
Terima kasih!!! Saya akan terus berkarya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment