Semoga Ia Mengukir Senyuman...

Semoga Ia Mengukir Senyuman...
Karya-karya Nazrie Haslieanie

Tuesday, November 9, 2010

"Zaman Penulis Miskin Sudah Berakhir!"

Hah, jangan terkedu pula membaca tajuk di atas. Itu adalah petikan kata-kata Sifu Ainon kepada para pelajar yang menyertai kuliahnya pada hari Ahad yang lalu. Kata-kata itu disuntik ke gegendang telinga kami berkali-kali. Kelihatan dalam mata para pelajar bersinar-sinar. Ha...ha...ha...
Kalau sebut soal wang, siapa yang tidak suka, bukan? Ada benarnya kata-kata Sifu itu. Saya sendiri menulis kerana wang. Ya, tepat sekali! Kekurangan wang menyebabkan saya cuba 'membuat kerja sambilan' yang tentunya saya sendiri gemarkannya.
Tapi, saya masih tidak kaya-kaya! Hal ini disebabkan saya masih berada dalam kategori penulis kerdil. Namun, bukankah setiap perkara yang bermula biarlah berdikit-dikit dahulu. Berbekalkan keazaman yang utuh dan displin yang tinggi, tidak mustahil kawan-kawan yang minat menulis boleh mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Tidak terlambat bagi mereka yang benar-benar ingin berubah. Jadi, kalau hendak kaya...jadilah penulis! hahaha...*walaupun begitu harus diingat, menulis juga ada 'peraturan' yang tersendiri. Bukan hentam kromo saja tau! (^^,)V.

2 comments:

  1. aku suka duit tu,meh sini aku nak beli dgn ko ko sekali wakaka~~

    ReplyDelete
  2. he...he...he..mampu ke kau nak beli aku??? menulis banyak-banyak dulu mungkin baru mampu beli aku. (~~,)"

    ReplyDelete