Saya mengagumi beliau. Saya suka mendengar beliau berkata-kata dan juga mendeklamasikan sajak. Tatkala saya mengetahui beliau akan membincangkan tentang suatu topik di Radio 24, saya tidak membazirkan masa, saya mendengar apa yang beliau kupaskan.
"DASAR BUKU NEGARA yang dilancarkan pada 1988 dilihat gagal diterjemahkan apabila deretan soalan masih belum terjawab. Isu penerbit dan penulis, kempen membaca yang tidak jelas serta budaya membaca yang tidak menjadi amalan kita. Nasib buku juga terus tenggelam dalam mengharungi kecanggihan ICT"-FB Radio 24.
Antara isu yang dibincangkan adalah tentang minat membaca dalam kalangan kita. Jenis buku yang dibaca juga turut memainkan peranan penting. Menurut Dr. Lim Swee Tim tatkala diajukan persoalan bahawa; ramai orang selesa membaca e-book, jawapan beliau sama seperti yang pernah diperkatakan oleh pensyarah saya; Membaca di mana-mana atau melalui medium apa-apa sahaja pun, konsepnya tetap sama. Membaca memberi kita ilmu, maklumat dan percambahan minda yang berbeza. Namun, membaca melalui buku memberikan kita kepuasan yang tidak kita peroleh daripada membaca di Internet.
Bagi saya, terdapat banyak cara untuk kita membaca. Tidak kisahlah melalui buku atau melalui medium apa pun. Yang penting, bacaan tersebut adalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada kita. Tambahan pula, kecanggihan teknologi kini tidak memberi ruang kepada kita untuk memberikan alasan 'tidak punyai masa' untuk membaca. Jika kita tidak sempat menghadap Internet, aplikasi e-book di telefon bimbit juga sudah ada. Bukan itu sahaja, malah terdapatnya e-book 'kindle'yang membolehkan kita membaca pelbagai jenis 'buku' dan majalah serta banyak lagi.
Namun, pilihan saya pula bagaimana? Saya boleh katakan, saya masih menyukai kaedah tipikal cara buku dipegang dan dibaca. Helaian kertas yang saya selak, cetakan teks pada buku tersebut, memberikan suatu nyawa kepada buku itu. (^^,)V
-Walaupun terdapat banyaknya cara canggih untuk kita membaca, kaedah lama dilupa jangan...-
Masalah sekarang yang dihadapi oleh kerajaan ialah terlalu banyak buku yang dicetak setiap masa tetapi kurangnya minat pembacaan terhadap generasi masa kini kerana selepas menamatkan persekolahan terlalu ramai generasi sekarang ini yang lebih cenderung di dalam bidang lain seperti mengembara,bekerja dan melupakan minat mereka untuk membaca seharian.
ReplyDeleteEncik amran, terima kasih dengan komen yang diberikan. Oleh sebab inilah kalau diperhatikan para penerbit banyak mengeluarkan buku-buku yang berkaitan dengan minat para pembaca. Seperti yang kita sedia maklum, novel dewasa untuk bahan bacaan para wanita, begitu subur sekali tumbuhnya kerana penerbit tahu apakah kehendak bacaan para wanita. Saya memuji langkah yang diambil pts yang menerbitkan buku-buku yang kadang kala mengikut musim atau bulan tertentu. Contohnya setiap kali bulan puasa, buku-buku untuk kerohanian banyak diterbitkan. Contoh lain, penghasilan komik terutama untuk para pelajar yang kurang gemar membaca buku yang terlalu banyak teks, sebenarnya menarik minat golongan ini dengan diterapkan jalan cerita yang sesuai.
ReplyDeleteBegitu juga dengan majalah. Terdapat pelbagai bahan bacaan untuk pembaca sasar (bagi yang suka mengembara, kaki pancing, sukan, dsbgnya) Yang mahu atau tidak sebenarnya diri mereka sendiri.